TMJ Ucap Selamat Maju Jaya FAM, Harap Dato’ Hamidin Jadi Pengganti


Seperti yang kita semua sedia maklum, TMJ baru sahaja melepaskan jawatan baginda sebagai Presiden FAM. Sebentar tadi, baginda mengucapkan selamat maju jaya kepada FAM.

Baginda mengesyorkan agar tugasan baginda dipangku oleh Datuk Wira Yusuf Mahadi sehinggalah kongres FAM ke-64, bagi memilih presiden yang baru. Kenyataan baginda berbunyi:

“Setelah perletakan jawatan saya sebagai Presiden, saya syorkan Datuk Wira Yusuf Mahadi dilantik sebagai Pemangku Presiden FAM sehingga kongres ke-64 FAM pada 14 Julai 2018.”

TMJ kemudian menyatakan pandangan baginda. Menurut baginda, Dato’ Hamidin Mohd Amin adalah individu yang paling tepat menggantikan baginda selepas berkhidmat untuk FAM sekian lama.

“Pada pendapat saya, calon paling layak untuk menerajui FAM selepas itu adalah Setiausaha Agung FAM, Dato Hamidin Mohd Amin yang telah sekian lama berkhidmat untuk bolasepak tanah air.”

“Jika kita lihat FIFA juga, Presiden-Presiden juga datang dari kalangan Setiausaha Agung kerana mereka amat memahami sistem pentadbiran bolasepak.”

“Saya juga mempunyai hubungan yang amat baik dengan Dato Hamidin dan ini akan memudahkan lagi kerjasama di antara FAM dan Malaysian Football League (MFL).”

“Jika Dato Hamidin dipilih sebagai Presiden FAM oleh ahli gabungan, saya akan memberi sokongan penuh kepada beliau dan memastikan pendapatan FAM terjamin.”

“Saya berharap semua ahli gabungan akan menyokong Dato Hamidin sebagai Presiden FAM.”

Kepada TMJ, kami juga rakamkan terima kasih di atas perkhidmatan tuanku dan selamat maju jaya.

sumber : https://semuanyabola.com/tmj-ucap-selamat-maju-jaya-fam-harap-dato-hamidin-jadi-pengganti/
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==