Semalam kami ada melaporkan tentang sumber daripada Goalnepal
menyatakan pihak ANFA terpaksa membatalkan perlawanan persahabatan
menentang Malaysia pada 1 April ini.
Hal ini kerana kelab-kelab domestik mereka enggan melepaskan pemain
untuk tugasan di luar kalendar FIFA itu. Lagipun di Nepal ada perlawanan
cup competitions yang penting yang akan disambung selepas tugasan
antarabangsa terakhir mereka 27 Mac ini menentang Yaman.
Seperti yang kami sudah jangka, FAM pastinya sudah ada pelan B untuk
perkara ini. Ini kerana FAM sebelum ini sudah mengumumkan mereka sudah
mencapai persetujuan dengan FMLLP untuk menunda beberapa perlawanan Liga
Super dan Liga Premier demi memberikan laluan untuk perlawanan
persabahatan pada 1 April.
Pada tengah malam semalam juga FAM mengesahkan perlawanan menentang
Bhutan untuk menggantikan perlawanan menentang Nepal yang terpaksa
dibatalkan. Perlawanan akan berlangsung pada tarikh dan venue yang sama.
Sebagai rekod, pasukan Bhutan yang digelar Dragon Boys ini adalah
pasukan di ranking ke-188 dunia. 1 anak tangga lebih baik daripada
Mongolia.
FAM pro-aktif dalam mencari perlawanan antarabangsa A demi untuk
membantu menaikkan ranking pasukan Malaysia yang kini berada di
kedudukan ke-178.
FAM dalam siaran rasmi mereka menyatakan:
“Perlawanan antarabangsa “A” antara skuad kebangsaan, Harimau Malaya
bertemu Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 April depan
terpaksa dibatalkan selepas permintaan daripada pasukan lawan itu yang
tidak dapat hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan.”
“Sebagai ganti, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah berjaya
mendapatkan pengesahan daripada pasukan Bhutan untuk menjadi lawan skuad
kendalian Tan Cheng Hoe itu bagi perlawanan tersebut yang akan berlangsung di venue dan tarikh yang sama seperti telah ditetapkan.”
Sumber : https://semuanyabola.com/bhutan-ganti-nepal-untuk-bertemu-malaysia-dalam-perlawanan-antarabangsa-a/