Pengendali Manchester United, Jose Mourinho menjawab kritikan yang
dilemparkan terhadap dirinya ekoran kegagalan Manchester United
melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Pengurus kelahiran Portugal itu menegaskan bahawa beliau tidak akan
‘lari atau menghilangkan diri’ daripada tanggungjawabnya selepas tewas
2-1 ditangan Sevilla tempohari.
Taktik yang diterapkan Mourinho telah menyebabkan rasa ketidakpuasan hati dalam penyokong Manchester United ketika ini.
”Saya mengatakan kepada penyokong bahawa mereka adalah penyokong dan
mempunyai hak untuk menyatakan pendapat dan reaksi mereka. Tetapi ianya
dalah sesuatu yang saya gelarkan sebagai warisan bola sepak,” jelas
Mourinho.
”Apa yang telah diwariskan oleh seseorang pengurus adalah seperti
kali terakhir Manchester United berada dalam perlawanan akhir Liga
Juara-Juara Eropah, sesuatu yang tidak banyak berlaku. Ianya adalah pada
tahun 2011.”
”Sejak tahun 2011, mereka tersingkir pada peringkat kumpulan di tahun
2012 dimana kumpulan yang lebih kurang sama pada musim ini, Benfica,
Basel dan Otelul Galati dari Romania. Tersingkir pada peringkat
kumpulan.”
”Dalam masa tujuh tahun dengan empat pengurus yang berbeza,
Manchester United tidak melayakkan diri ke saingan Eropah sekali, dua
kali tersingkir di peringkat kumpulan dan yang terbaik adalah layak ke
suku akhir, inilah warisan bola sepak.”
”Dan jika anda melihat di saingan Liga Perdana Inggeris, kejuaraan
terakhir adalah pada musim 2012/13 dan empat tahun berturut-turut United
menamatkan saingan di tempat ketujuh, empat, lima dan enam. Jadi, dalam
empat tahun terakhir, yang terbaik adalah tempat keempat.”
”Adakah anda tahu apa lagi merupakan warisan? Ianya adalah Otamendi,
Kevin De Bruyne, Fernandinho, Silva, Sterling dan Aguero, mereka adalah
pelaburan pada masa lalu, bukan dari dua musim terakhir. Anda tahu
berapa ramai pemain United yang meninggalkan pasukan pada musim lalu?”
”Lihat dimana mereka beraksi, bagaimana mereka beraksi dan jika
mereka beraksi. Itu adalah warisan bola sepak dan pada satu hari,
apabila saya meninggalkan Manchester United, pengurus seterusnya akan
mencari Lukaku, Matic dan sudah tentu De Gea.”
”Mereka akan mencari pemain dengan mentaliti yang berbeza, kualiti dan latar belakang yang berbeza serta status yang berbeza.”
Sumber : https://semuanyabola.com/jose-mourinho-akui-tidak-akan-melarikan-diri-walaupun-berdepan-kritikan-hebat-selepas-tersingkir/