Ketika Manchester City selesa memimpin saingan Liga Perdana Inggeris, Bayern Munich juga semakin hampir untuk dinobatkan selaku juara Bundesliga buat kali ke-6 berturut-turut selepas menang 4-0 keatas Freiburg awal pagi tadi.
Kemenangan di Schwarzwald-Stadion itu meletakkan skuad bimbingan Juup Heynckes itu 20 mata dihadapan pencabar terdekat, Schalke 04.
Satu jurang mata yang terlalu jauh untuk dihambat Schalke 04 dan pasukan lain dalam saingan Bundesliga ketika ini.
Bayern Munich membuka tirai jaringan pada minit ke-25 selepas hantaran dari sebelah kanan pintu gol Freiburg yang cuba dilakukan Thomas Mueller terkena penjaga gol, Alexander Schwolow lalu bola menerjah gawang tuan rumah.
Berselang tiga minit kemudian, Corentin Tolisso meledakkan rembatan cantik dari jarak jauh untuk menambah jaringan kedua buat Bayern Munich.
Sandro Wagner menambah derita skuad bimbingan Christian Streich apabila penyerang berjersi nombor ‘2’ itu berjaya menyambar dan menolak masuk bola susulan percubaan awal yang ingin dilakukan Thomas Muller.
Jaringan tersebut pada mulanya dibantah para pemain Freiburg yang mendakwa bola sudah terkena tangan Juan Bernat dan menginginkan bantuan dari Video Assistant Referee (VAR).
Namun gol tersebut masih disahkan walaupun sudah dirujuk VAR.
Thomas Muller menutup koleksi jaringan pada perlawanan ini dengan gol ke-4 setelah beliau menyempurnakan peluang hasil sepakan sudut yang dilakukan Joshua Kimmich.
Jaringan tersebut kekal hingga tamat permainan untuk mengesahkan kemenangan ke-20 buat Bayern Munich musim ini selepas beraksi 25 perlawanan.

Sumber : https://semuanyabola.com/bayern-munich-catat-kemenangan-4-0-keatas-freiburg-terus-gah-pimpin-carta-bundesliga/