Fiorentina Ambil Keputusan Bakal Tamatkan Penggunaan Jersi Bernombor 13


Kelab Serie A Itali, Fiorentina dalam perancangan untuk menamatkan penggunaan jersi bernombor 13. Ini susulan pemergian mengejut kapten kelab, Davide Astori.

Selain itu, salah satu kelab yang pernah diwakili mendiang, Cagliari juga akan melakukan tindakan sedemikian.

Semasa mendiang beraksi untuk Cagliari, nombor 13 juga digunakan oleh beliau.


Autopsi

Difahamkan siasatan terhadap kematian Davide telah dibuat. Termasuk juga sesi autopsi.

Autopsi diadakan pada Selasa (hari ini) menurut sumber Fiorentina. Setelah itu, jenazah mendiang akan dibawa pulang pada Rabu.

Sesi pengebumian akan diadakan sehari selepas itu.

Difahamkan sesi one-minute-silent bakal diadakan untuk semua perlawanan UEFA Champions League. Begitu juga dengan perlawanan UEFA Europa League.

Bukan sahaja perlawanan Serie A ditangguhkan pada tempoh hari, tetapi perlawanan Serie B turut ditangguhkan.


Perhatian ramai


Sebenarnya pada hari pemergian Davide Astori, negara Itali sedang mengadakan pilihan raya umum. Malah, salah seorang pemimpin parti politik turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Pemimpin dimaksudkan ialah Matteo Renzi yang merupakan mantan Perdana Menteri negara itu. Sebenarnya, Matteo penyokong Fiorentina.

Dalam perkembangan lain, FA Inggeris bersetuju untuk membuat one-minute-silent untuk mengenang Davide Astori. Keputusan itu dibuat untuk perlawanan persahabatan antara England menentang Itali tidak lama lagi.

Selain itu juga, Antonio Conte sendiri mengakui agak sukar mengungkapkan kata-kata selepas pemergian mengejut Davide. Pengurus Chelsea itu antara individu yang mempunyai hubungan rapat dengan mendiang serta keluarganya.

Malah, beliau membawa masuk Davide dalam skuad Itali kendaliannya sebelum ini.

Mendiang Davide meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.

Sumber : https://semuanyabola.com/fiorentina-ambil-keputusan-bakal-tamatkan-penggunaan-jersi-bernombor-13/
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==